Saturday 6 August 2011

Perempuan memang macam ni .

Assalamualaikum .

Hello perasan comel girls dan handsome boys .
oh shopping =_=


Nama aku Lelaki . Apa masalahnya dengan lelaki ? Oh ya , tujuan aku create entry ini adalah bagi membalas entry budak Perempuan yang sarcastic gila cakap lelaki macam2 . Oh kau fikir aku suka sangat lah kau cakap macam tu dekat kaum aku ? weh malu tahu tak !

Disebabkan aku sebagai seorang lelaki yang handsome lagi cute lagi kacak serta macho dan baik hati maka dengan itu aku akan bagitau sifat perempuan yang mungkin selama ni korang tak pernah tau pun . Haha padan muka kau lah Perempuan , siapa yang suruh kau cakap lelaki macam tu . Ingat kitaorang ( lelaki ) ni tak boleh balas balik ke ? :)

Pertama sekali adalah korang pernah tak tengok cara perlakuan perempuan ? Oh okay , ini contoh . " Kejap lagi 5 minit siap , tengah cari kasut . " . Dan korang dapat agak tak apa yang akan berlaku selepas itu ? Janji 5 minit tapi boleh jadi setengah jam . Cari kasut 10 minit ditambah pulak dengan tidak sengaja , masuk balik dalam rumah untuk ambil beg tangan .

Lepas tu lalu depan cermin , tengok2 kejap baju sesuai tak dengan seluar . Lepas tengok baju , tengok make up ok ke tidak . Hilang tak make up , lepas tu ternampak bedak tak berapa nak tebal . Tebalkan sikit dan baru siap sepenuhnya . 5 minit boleh jadi 30 minit . Oh perempuan2 . .



Ehem perempuan , boleh tak kalau lepas ni tak perlu ajak lelaki temankan korang shopping ? Apa ingat lelaki tak ada kerja nak buat ke asyik nak temankan korang shopping ? Tak teman kang merajuk pulak . Suruh temankan shopping janji nak beli sehelai baju sahaja . Aku ulang sehelai baju sahaja .

Tapi bila masuk je shopping mall , nampak baju cantik sikit nak beli . Niat asalnya adalah nak beli baju sehelai dah tak jadi sebab dah beli baju 4 helai , seluar 3 helai , maskara 1 , eye shadow 3 hingga 4 kaler . membazir betul !

Wahai kaum perempuan sekalian , pernah terfikir tak macam mana cara korang bershopping ? Niat nak pergi 1 kedai je tapi bila sampai tempat yang dituju ? Semua kedai nak pergi ! Duit pulak berhabis sampai beratus-ratus , am i rite girls out there ? I know i'm always right . . :D

Berbeza dengan kitaorang yang lelaki ni . Niat nak pergi 1 kedai je dan bila sampai kat tempat tu terus pergi satu kedai tadi dan belah dari situ . Duit yang keluar dari wallet pun tak ada lah sampai beratus-ratus . am i rite boys ? haha .


see ?


Apa2 sekali pun , pelengkap hidup lelaki adalah perempuan . Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan juga memerlukan lelaki dalam hidup . Perempuan ni , ada kalanya membawa kepada gembira , ada kalanya membawa duka , ada kala membawa kepada kesenangan dan ada kala membawa kepada kesusahan . 

We need each others . . See girls ? kita orang lelaki ni , biarpun agak geram dengan perempuan , kita orang masih sayang tau . Korang girls ? Tau mengutuk je . . . Nasib baik comel . .

Perempuan memang macam ni kan ?

4 comments:

Jo Qusary said...

Baru aku tau rupanya selama nie aku ialah lelaki berdasarkan fakta di atas... owh...

alin said...

Jo Qusary , hahaha bagus anda mengenali diri anda :P

Unknown said...

We need each others . . See girls ? kita orang lelaki ni , biarpun agak geram dengan perempuan , kita orang masih sayang tau . Korang girls ? Tau mengutuk je . . . Nasib baik comel . .

ayat baik punya. hahaha :D

alin said...

haha tau takpe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...