Tuesday 14 February 2012

Valentines Day ( Love Story Imagination )

Assalamualaikum .
Hello comel girls dan teramatlah hensem boys sekalian . * kenyit mata . haha

Tarikh hari ni adalah 14 februari 2012 , biasanya orang akan cakap hari ni adalah hari valentine day tapi kesah apa aku , entri ini bukan untuk menceritakan halal haram valentine day ni , aku cuma nak cerita tentang imaginasi aku sebentar tadi di fesbuk . Haha . 

On my opinion , valentines day ni suke hati korang la nak sambut ke tak . Yang jadi haram adalah korang yang buat benda tu jadi haram . Pergi duduk berdua - duaan dengan yang bukan muhrim kau tu buat apa ? Lepas tu pergi buat maksiat tu buat apa ? Itu kalau yang haram lah . Macam mana kalau korang sambut valentines day dengan famly with parents ? Adakah itu haram jugak ? Suka hati korang lah . Ada otak fikir sendiri .  On my opinion , valentines day adalah hari berkasih sayang dan pada fikiran aku , tiap2 hari adalah hari berkasih sayang . . so ada atau takde valentines day , tak ada effect apa2 pada aku . :) 

Back to the story , tadi aku berimaginasi kejap dekat fesbuk . Aku terfikir , kalau lah aku sambut valentines day dengan future husband aku nanti , yang dah sah jadi husband aku dan halal untuk aku . Adakah itu pon akan jadi haram jugak ? 

So aku ingat nak sambung balik imaginasi aku tu kat sini . haha . Hang tanak baca apa aku merepek meraban dekat sini suke hati hang la , blog aku ke blog hang ? Haha . Takde lah , aku cuma terfikir , lepas aku nikah nanti dan aku nak sambut valetines day dengan suami aku , tu pun takkan nak dikategorikan sebagai haram jugak kot . 

Kitaorang dah nikah kot , aku dah halal bagi dia dan dia sudah pun halal bagi aku . Takkan itu pun korang masih nak anggap ianya maksiat ? Seperti apa yang aku cakapkan tadi , valentines day adalah hari untuk berkasih sayang dan aku anggap tiap2 hari adalah hari untuk terus berkasih sayang , takkan aku nak berkasih sayang dengan suami aku sendiri pon tak boleh ? :'(

Dan isu pasal tasik tu , aku ingat nak buat kat tasik titiwangsa lah . hahaha . Ada lah jugak feel dia kalau malam2 . Lagi feel kalau buat kat tasik Putrajaya kan ? hahaha . Tenang je , sekurang-kurangnya kau dapat jugak menghargai ciptaan Tuhan yang sangat indah tu kan . Lepas tu lepas tu kan , bila malam kan , tasik Putrajaya tu akan pantulkan cahaya warna warni yang cantik dari jambatan yang kat Putrajaya tu dengan cahaya masjid Putrajaya tu . Nak2 kalau ada bulan terang , perh perh perh ! Korang ada macam tu ? Takde punyaaa . Aku tau aku romantik . haha

Lepas sesi fotografi bersama ahli keluarga dan orang yang tersayang , my luvly dovey mucuk chubby hensem & setia man , dan selepas kenduri kendara yang telah dijalankan dengan jayanya di tasik Putrajaya tu , aku ingat nak pergi satu tempat yang dinamakan panggung wayang . Aku ingat nak sewa 1 hall yang hanya akan dipenuhi dengan ahli keluarga aku dan dia , rombongan Cik Kiah dan tak lupa jugak pak imam beserta isterinya . Apa kau ingat pak imam tu tak nak ke romantik2 dengan isteri dia ? keh3 


Harapnya 1 hall tu mencukupi untuk orang2 yang telah aku harapkan nak join tu . Kalau nak bawak ahli keluarga orang taman aku dengan dia , gamaknya aku kena sewa 1 panggung wayang tu lah kot agaknya . So aku ingat tak payah lah nak jemput orang taman nih . Dia orang banyak lagi kerja nak buat selain dari tengok aku bermesra dengan future husband aku , kan darling kannnnn ? :D

Habis saja cerita yang aku kira 1 jam 30 minit tu , aku ingat nak terus balik rumah . Aku ingat nak bukak fesbuk dan online bersama2 dengan future husband aku , bak kata Najwa Latif , kita berkenalan di laman mukabuku dan selepas nikah takkan nak lupakan mukabuku ? haha . Tempat di mana kita berkenalan , bersuai kenal , berkawan kawanan , bertukar pendapat , bagi nombor telefon , nombor bbm dan segala nombor , berkongsi masalah ,  berjanji setia dan membawa kita ke alam pernikahan . perh , korang ada macam tu ? Tak payah jawab , aku tau takde . hahaha 

Lepas tu aku ingat nak buat solat syukur dengan dia , syukur terhadap Tuhan kerana mempertemukan aku dengan dia , syukur kerana Tuhan menjaga batas pergaulan kami sebelum nikah dan telah memilih aku sebagai jodoh dia dan dia sebagai jodoh aku . Alhamdulillah . Aku berharap dan berdoa selalu agar jodoh itu terus berpanjangan sehingga ke akhir hayat aku dan dia . Berharap agar dia terus menjadi imam yang baik kepada anak2 saya , ketua keluarga yang bakal memimpin dengan adil , terus membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai Allah .

Lepas tu aku mungkin akan tutup lampu dan buat perkara yang lelaki dan perempuan bukan muhrim tak boleh buat . hahaha . Apa ? jangan fikir lain boleh ? :D

Ini imaginasi aku sahaja dan tolong jangan kopi love story aku boleh tak ? haha . Mana aci macam tu main kopi2 lak . :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...