Tuesday 26 July 2011

Warden Juvana Berhasrat Balas Dendam

Title macam tajuk berita , haha . Isnin ku sepi tanpa Juvana yang selalu ditayangkan di tv3 setiap Isnin , 9 hingga 10 malam dan tanpa sengaja aku telah terfikir untuk melakukan aktiviti tak ada faedah ni . . . So korang layan jelahh . . .




Oh , kalau lah ada Juvana The Movie korang nak tengok tak ?

Monday 25 July 2011

Andai Aku Pergi .

Assalamualaikum .


Pernah tak terfikir kalau korang mati , apa akan jadi pada dunia sekeliling ? Apa akan jadi pada keluarga dan kawan2 yang sentiasa bersama dengan korang ? hmm dan hari ini aku terfikir .

Kalau nak tengok daripada iman dan amal yang aku ada sekarang , confirm masih belum cukup untuk aku bawa bersama kalau aku pergi . . Aku tak nak masukkan bab agama dalam entri ni sebab semua orang dah tau kita kena jadi orang yang baik di dunia sebelum kita pergi kan ?

Aku terfikir kalau lah aku mati esok , lusa atau bila2 masa sahaja . Perkara pertama yang aku ingat adalah keluarga aku . Dia orang sedih tak bila tengok bilik aku dan gambar kenangan aku . Bila aku dah tak ada , mesti bilik aku kosong , nak ke dia orang kemas kan bilik aku . Sapukan sampah bila bilik aku berhabuk sebab aku dah tak boleh nak sapu .

Apa akan jadi pada kawan2 aku . Aku mengaku aku ramai kawan . Tapi adakah dia orang akan bersedih bila aku dah pergi atau mereka akan bergelak tawa bila aku dah tak menyusahkan dia orang untuk dengar semua masalah aku ? Aku harap dia orang bersedih dengan ketiadaan aku bukannya bergembira .

Bila aku dah pergi nanti , siapa yang nak tolong kutipkan hutang ? Hishh korang banyak hutang aku tau ! Cepat pulangkan hak aku kembali ! Baik bayar sekarang sebelum aku pergi . Kalau tak nanti tak ada siapa yang nak marah korang sebab tak bayar hutang lagi dah . Aku takut korang rindu je nanti . . .


Apa akan jadi pada blog aku kalau aku tak ada ? Siapa yang nak update blog ni . Siapa yang nak tolong korang selesaikan semua masalah cinta lagi ? hoho . Aku tak nak blog ni nampak macam usang . . Hmm aku dah lah tak ada penulis kedua . Siapa nak jadi penulis kedua blog ni ? hihik

Siapa yang nak buang gambar aku dan inform dekat kawan2 dalam facebook , tagged serta myspace aku yang aku dah tak ada ? Siapa yang nak buang gambar aku . Siapa yang nak tutupkan account aku bila aku dah pergi ? Tak ada seorang pun yang pernah tau email dan password aku melainkan aku seorang .

Apa akan terjadi pada sayang saya ? Hmm dia ok ke tak kalau aku tak ada nanti ? Hmm aku harap dia tak nangis sampai lebam2 mata sebab aku pernah cakap dekat dia yang aku sayangkan dia :) . Dont sad honey , you know i love you right ? Bila aku dah tak ada , pesan pada dia , aku membiarkan yang Esa menjaga dirinya . :)

kalau aku pergi nanti , agak2 korang rindu aku tak ?

Saturday 23 July 2011

" Hi . How Are You ? "

Assalamualaikum .


Hello to boys and girls yang tengah frust dan stress .
Hi. How are you?
Wanna laugh? :)
It is you on the video ?)) want to see?) 
Ok sampai situ je aku tau . Pernah tak korang kena benda macam ni ? Jangan tipu cakap tak pernah . Aku pernah kena banyak kali . Ada orang kata itu cuma virus , ada jugak orang kata tu hacker . Aku pun tak tau mana yang betul .

Tapi ramai yang dapat 'benda' ni melalui im dan bukan dari inbox facebook . Tapi semua yang aku dapat datang dari inbox facebook . oh apa yang berlaku =_=

Hari tu buat pertama kali nya aku dapat benda ni daripada kawan aku . Dalam keadaan tu aku tengah frust gila tapi tak adalah sampai menonggeng sebab putus cinta . Boleh pulak aku kena masa tengah frust macam tu  . Disebabkan tak tahu apa2 , so dengan sikap peramah aku balas jela .


disebabkan aku ingat dia betul2 nak buat aku gelak so aku layan

ok . ni aku tau . sangat klaka masa tu . selepas dia kata it is you on the video , aku dapat rasa macam somethings wrong

Sepatutnya selepas dia tanya it is you on the video , dia akan bagi satu link . Tapi aku dah cakap macam tu terus dia stop . Sebenarnya , link tu bukan virus tapi untuk langkah keselamatan , jangan klik sebarang link yang dia bagi . 

kalau korang klik , automatik akan keluar benda ni . 

credit to MAS Ahmad Safwan  . klik gambar untuk tumbesaran .

Flash-Player.exe adalah virus yang akan tersebar meluas kalau korang klik pada Flash Player .

Aku hanya dapat bagi korang satu cara sahaja untuk buang virus ini . Cara lain aku tak jamin sebab takut effect apa2 pada komputer/laptop korang . 




  • Remove Application Pada Facebook 
1 . Log In Account Facebook > Account > Privacy Settings > Apps and Websites > Edit Your Settings .

klik gambar untuk tumbesaran


2 . Klik Remove Unwanted 



3 . Buang application yang korang rasa tak berguna atau boleh menyebabkan spam .

****************


Itu sahaja yang dapat aku usahakan untuk korang . Cara lain ada tapi aku tak berapa jamin ok ke tak untuk laptop korang . Aku takut laptop/komputer korang rosak kang , salahkan aku pulak =_= .

Terima kasih sebab baca dengan muka serius . Ok bye .

Credit to MAS Ahmad Safwan

Sunday 17 July 2011

Break Up (s)

Assalamualaikum .

Yoshihara PhotoVector
someone who you love but taken by 'someone' .

Hello to all boys and girls yang baru putus cinta . 

Its okay beb . Aku pun sedang melalui benda yang sama dengan korang iaitu putus cinta . Ya satu perasaan yang memang menyakitkan hati gila . Tapi lama2 aku dapat let him go . Ada lima enam membe aku tanya , " kau nampak happy macam takde apa2 yang berlaku je even kau baru break up kan ? macam mana kau buat ? "

Secara jujurnya , mana ada orang yang bila dah hilang someone yang paling dia sayang , dia akan nampak macam happy gila . Tipu ah . Takde nye nak happy . Confirm akan merana jugak . But life must go on right ? so ni aku bagi tips untuk korang yang baru putus cinta ni . Aku dah lama praktis and you know what ? it works ! :D

  • Menangis Lah Sayang . . 
Menangis lah demi kebaikan kau . Keluarkan rasa sedih , sakit hati dan bla bla semua tu dalam hati kau . Kalau kau tak boleh nak menangis , dengar lah lagu sedih . Kau menangis jugak akhirnya . Lepas kau menangis kau akan rasa lega , tenang . Percayalah . Tapi kau diberi limit untuk menangis selama 2 hari sahaja . Bukan 2 hari berturut2 . Gila kau , nak mata lebam ke ?

Lagi pun korang tak ada fikir ke , korang menangis sampai lebam2 mata tu , kau fikir dia kesah ke ? Lagi dia nampak kau insan yang lemah ada lah . so jangan :)


  • Buang Dia Dari Ingatan
I told you this . Please , buang dia dari ingatan . Berusaha untuk lupakan dia . Tak guna nye nyah kalau kau masih ingatkan dia sedangkan dia ? hmmm . Actually macam ni , kalau dia call korang , tekan button kaler merah . Dia sms , delete . Dia comment kat Facebook , unfriend & blocked . Dia post kat Twitter or Formspring , unfollow . Paling baik kalau kau buang nombor dia dalam telefon korang . 

Benda tu lagi baik untuk korang berdua . Bila dah lama dan korang pun dah takde feel dah dengan dia , its ok to contact him/her back :) 


  • Cerita Tentang Dia 
Semua orang aku fikir ada abang angkat , kakak angkat , member angkat dan segala angkat . Why not you try to tell about your problem with them ? Mungkin dorang akan cuba nasihat kau paling kurang sekali pon akan tadah telinga untuk dengar masalah korang . Kalau tak apa guna kan ada abang angkat n bla bla kalau xboleh bantu korang bila korang susah , kan ?

Susah sangat luah kan je dekat aku , tak apa aku baik . Korang je tak pernah tau aku baik .

  •   Ubah Rutin Kau 




Dulu , kalau boleh dan selagi boleh , kau nak terus contact dia . Setiap pagi mesti kejutkan bangun , setiap malam mesti akan bergayut . Setiap minggu mesti akan keluar dating ( terase ) . Stop it . Change your routines .  Bila dah single , korang bebas buat apa benda yang korang suka tanpa gangguan kan ?


Kalau dulu nak main bowling pon tak senang , kejap2 ada message masuk , call masuk . Paling penting adalah buat satu benda yang boleh buat kau sibuk gila2 . Bila kau tengah sibuk kau takkan ingat dia . Korang pernah tak terfikir , kadang2 tu korang bukannya rindu sangat kat dia tapi korang rindu rutin yang selalu korang buat dengan dia . :) am i right ? yes i know i'm always right :P


  • Berdoa & Ingat Pada Dia . . 

Bila dah buat semua point aku kat atas tu , jangan pernah lupa buat yang ini . Yes . We all are human . Bila dah kena musibah sikit , baru nak ingat pada pencipta . Sebelum2 tu ? kita lupa , kita lalai . Mungkin betul , bila dah banyak maksiat yang korang buat dengan dia , tak mustahil Allah tu akan tarik balik rasa cinta yang dia timbulkan untuk korang berdua .

So dari situ , menyesal lah dengan apa yang kau dah buat . Berdoa pada tuhan semoga dia kuatkan dan tabahkan hati kau dengan segala dugaan ni . Dia hanya menguji :) . Sedarlah God still loves you :)


*********************

So dengan segala point yang aku dah bagi ni , aku harap sangat korang takkan sedih lagi ok . Try praktis apa yang aku ajar ni , insya-Allah korang takkan sedih dah :) . Jadilah seseorang yang tabah menempuh dugaan hidup sebab lepas tu orang akan kagum dengan korang sebab korang even pernah jatuh berkali-kali tetapi tetap bangun semula dari setiap kegagalan . 

Monday 11 July 2011

Lelaki memang macam ni ke ?

Hello handsome boys and very very much pretty girls

credit to Haikle Irfan , cantik kan ? aku suka picture ni .

Nama aku Perempuan . Ye Perempuan . Hidup aku serupa macam korang . Ada hati , ada perasaan , ada muka juga tangan dan kaki . Tapi bukan tu sebabnya aku tulis entri ini . Aku tulis sebab ada benda yang buat aku tak puas hati dengan Lelaki . 

Kenal Lelaki ? Tipu lah korang tak kenal kan . Korang tau tak sebenarnya Lelaki ni bajet otai , bajet good dalam semua aspek je . Padahal tak pun , tunjuk macho konon , bla lah . Korang perasan tak kadang2 ada lelaki yang suka sangat permainkan hati perempuan . 

Aku tak tau lah apa tujuan dorang buat macam tu . Lelaki fikir perempuan ni suka sangat ke kena main hati ? Oh ya aku lupa , dorang ni bukannya tau pun hati perempuan macam mana . Apa dorang kata , perempuan susah difahami ? what the fuuuu . Siapa yang betul2 susah nak difahami sekarang =_= , grrrrr .

Ok tu baru satu . Lelaki ni kan , aku tak tau lah apesal . Guna lah ayat yang power sikit untuk mengurat perempuan . Kata lelaki kan . Ni balik2 ayat yang sama dia guna macam kat sini , tak matang betul ! Macam mana lah perempuan nak suka dan sayang dan sayang lagi dengan lelaki ni kalau guna taktik basi . Lelaki sekarang dah tak ada idea mengurat dah ke ?

Itu hari aku dapat banyak call dari nombor yang aku langsung tak kenal dan you know what , semua yang call adalah lelaki . So aku nak tanya dekat korang lah , lelaki ni memang ada nombor spare untuk mengurat ke ? Lagi satu , yang aku pelik sangat2 adalah dari mana mereka2 ( lelaki ) ni dapat nombor aku ? Confirm lah dari orang lain kan ? Korang lelaki ni tak dapat rasakan ke yang minta nombor telefon cik awek dari orang lain adalah satu cara yang langsung tak gentleman ?

Dah laa tak tau siapa , tiba2 call cakap nak berkenalan . Aku dapat bet lah , mana ada yang lelaki yang call perempuan hanya untuk berkawan ? Macam lah aku tak tau yang lelaki ni call aku hanya untuk mengurat . Biasalah tu , semua perempuan kan comel tak macam lelaki .

Aku betul2 tak faham , kenapa lelaki ni selalu kata yang perempuan ni jenis suka melayan ? Dah bila perempuan tak layan korang yang lelaki ni cakap perempuan tu sombong lah , jual mahal dan mengada2 . Tapi bila perempuan ni layan , korang mula lah cakap yang perempuan ni murah dan mudah melayan . Perempuan jenis macam mana yang korang nak sebenarnya ?

happy birthday to me . hehe

Lelaki tak payah lah risau . Even longkang lagi hensem dari korang , kita orang yang perempuan ni tak kisah sangat lah sebab perempuan tengok hati bukannya muka , kan girls ? Perempuan bukannya tengok luaran macam lelaki . Pantang nampak perempuan comel , cantik dan sexy sikit , mula lah jadi ulat bulu yang berbulu bulu . Menyampah gila aku .

Bila lelaki ni dah dapat perempuan , jangan lah main touch and go . Korang yang lelaki ni fikir kita orang suka ke ? Korang bukan kemain kan , masa mula2 mengurat , ayat memang tak boleh belah tapi bila dah lama couple cepat betul bosan dan mula lah nak cari lain . Korang patutnya bersyukur tau tak perempuan ni terima segala kekurangan dalam diri korang tapi korang minta benda yang bukan2 dekat perempuan . Dasar tak reti bersyukur !

Last but not least , aku paling tak faham kenapa lelaki suka sangat rosakkan kita orang ye ? Mula2 korang minta MMS gambar tak pakai baju lah , buka sana buka sini . Dan selepas itu mula lah korang cakap " alah rilex lah sayang , kita kan da janji nak kahwin , apa kata u try buktikan kasih dan cinta u kat i tu macam mana , i nak tengok lah sayang , please . . . . " . What the hell korang ni .

Hey ! jaga sikit ye mulut korang . kita orang bagi sebab kita orang sayang ok bukannya sebab kita orang tak ada maruah . Mana lah kita orang tau yang korang cuma nak mempermainkan je . Aku panas betul bila lelaki yang dah pernah buat macam ni dan akhirnya lelaki tu akan cakap dia nak kahwin dengan girls yang baik2 dan masih mempunyai maruah . Tak sedar ke apa yang korang buat selama ni ?

Kenapalah teruna lelaki tak boleh tengok ye ? Tak adil aku rasa . Kalau lah boleh tengok , mesti dan semestinya ramai dah lelaki tak ada teruna kan ? haha aku tak cakap semua :)

Akhir kata dari aku . Lelaki ni , sebelum nak mengurat sorang perempuan , cuba lah cara yang sangat2 kreatif bukannya ciplak dari housemate jiran sebelah taman punya pakcik sebelah bapak tiri ok . Lagi pun , aku rasa lebih baik kalau lelaki ni tengok cerita korea . Girls memang minat korea kan ? So why not korang belajar teknik yang lelaki korea tu buat untuk mengurat ? Heaven je kalau girls kena mengurat macam tu :)

So boys , ingat pesanan yang dibawa ikhlas dari aku ni tau ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...