Sunday 24 April 2011

Lelaki


hello and assalamualaikum to all bloggers reader , how are you today ? angry ? oh ok so sorry to say i'm so busy with my real life . i'm a student , school at morning , evening we has additional classes . . night , i need to study , finish homework , then sleeping at 12 or 1 o'clock , wake up at 6 am , oh my god , very tired . 

So when the time was that I had time to update the blog ? Yes , once a week . like today , had to update the blog on Sunday . I'm very busy !

ok stop story about my life . 

hari ini aku nak cerita tentang kaum adam atau lebih senang dipanggil lelaki . itu hari guwa ada cerita pasal Perempuan queen control ? betul ? oii ! takkan lupa kot !


jadi untuk bagi fair sebab aku tengok macam ramai tak puas hati dan aku dapat feedback yang sungguh memberansangkan . jadi nak bagi adil biar semua pihak tau setiap manusia ada kesalahan dia sendiri , itu sebab guwa buat entri tajuk lelaki . 


ok cukup aku membebel . lelaki dan perempuan , sila fokus , tak puas hati boleh komen ye ? bukan aku sengaja reka cerita tapi aku dapat banyak dah sumber maklumat , aku ada tanya pada kaum hawa , kaum adam ada jugak , tapi dorang tak nak jawab ! isk3


nak tengok feedback yang aku dapat ? sat aku lupa aku letak mana gambar tu . 


tekan ' gambar ' untuk tumbesaran



tekan ' gambar ' untuk tumbesaran


ok dah puas hati dengan feedback aku yang tu ? sebenarnya banyak lagi . tapi aku ambil yang mana penting je . yang tak penting aku tak boleh terima sebab aku takut budak2 lelaki bawak geng hack guwa punya blog ! chiss ! 


benda yang sekarang aku nak cerita adalah lelaki penipu ! hoi ! jangan baling botol2 , tin2 minuman kat aku . ni bukan budaya kita . bukan aku yang salah , ia berdasarkan daripada semua pernyataan wanita . aku tak cakap semua lelaki penipu ok . kalau kau tak buat lebih baik tak payah terasa . betul kan ?


berdasarkan pengalaman aku , lelaki memang suka menipu . 


Situasi 1 


kau bayangkan lah sekiranya hari ni dia keluar dengan kau , bawak kau jalan2 tengok wayang ke apa ke , masa nak hantar kau balik , dia sempat cakap yang dia sayang kau gila2 , tup tup esok lusa kau tengok dekat facebook dia dah ada relationship dengan orang lain . siap buat status married lagi , apa perasaan ? rasa tertipu tak ? 


wah ! kalau guwa , rasa macam nak baling tin milo dengan botol dutch lady kat dia , lepas tu suruh dia kutip buat kitar semula !  kau2 dia ayat kau itu hari tiba2 dia dah ada relationship dengan orang lain .


Situasi 2 


kau bayangkan lagi sekali sekiranya korang dah couple . hari ni dia cakap dia tak curang lansung dengan kau sampai sanggup bawak kau pergi mana2 , tunaikan setiap permintaan kau supaya kau dapat maafkan dia . esok lusa kau nampak dia keluar dengan perempuan lain siap berkepit berpegangan tangan . bila kau tanya boleh pulak dia cover depan perempuan tu dia cakap dia tak kenal kau dan tak pernah couple dengan kau .


dia buat kau macam tunggul dekat situ ! wah ! kalau benda tu jadi kat aku dan dalam masa yang sama aku ada otot , memang dua2 teruk kena belasah , lepas tu aku masuk lokap ! chisss !


Situasi 3


hari ini dia janji nak jumpa kau dekat fastfood restaurant . kau punya lah siap lawa2 sebab nak jumpa dia . bila kau datang situ , kau lansung tak nampak dia , kau sabar , kau tunggu sampai dah nak dekat sejam , air pun dah habis , kau telefon dia kau tanya dia ada dekat mana ? boleh pulak dia cakap dia ada hal keluarga dan tak dapat datang ! dia cancel kan perjumpaan tu .


dalam perjalanan kau nak balik , kau singgah shopping complex , lepas tu kau nampak dia tengah syok dating dengan perempuan lain dekat shopping complex tu . siap dekat2 lagi . phew berderau darah , kata ada hal keluarga kan ?


----------------------------------------------------------------------------


ok cukup 3 situasi yang aku bagi kat korang , dari situ , aku yakin korang dapat agak dan boleh nilai sendiri sama ada lelaki tu penipu atau tidak .


ok guwa nak cakap something lah dekat lelaki diluar sana yang macam ada ciri2 nak sama dengan situasi yang aku bagi tadi , bawak2 lah bertaubat dan mintak maaf dekat perempuan yang kau dah tipu tu . kalau seorang kau tipu , pergi lah mintak maaf dekat dia , kalau berpuluh perempuan kau dah tipu , takkan semua nya akan maafkan kau :) , so pandai2 lah kau nak buat dia orang maafkan kau .


lagi sekali guwa ulang , guwa tak cakap semua lelaki atau semua kaum adam penipu . :)


itu hari guwa kenakan perempuan , lelaki sokong aku .
ini hari guwa kenakan lelaki , ada tak perempuan nak sokong aku ?
isk3

Thursday 14 April 2011

Saat Kau Pergi

title cerita ini adalah dari lagu Vegetoz - Saat Kau Pergi  , kalau tak ada lagu tu , bawak - bawak lah diri untuk download lagu tu and kita feel sama2 :)

 klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya * ( aku nak sentiasa )

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya ( silap orang ! isk3 baru perasan )

   klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

   klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya


   klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

   klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

   klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya


  klik " gambar " untuk tumbesaran selanjutnya

Saturday 2 April 2011

Perlu Atau Tidak ?


salam sejahtera korang semua ! maaf aku tak update mengikut masa yang aku tetapkan . aku cadang nak update hari jumaat semalam tapi masa tidak mengizinkan jadi aku update hari ni . sebab aku tak update semalam ? tak perlu lah korang tau sebabnya haha . aku tengok maharaja lawak sebenarnya ! best oh ! part nabil memang aku asik gelak je . hahaha

ok tutup cerita tentang maharaja lawak . sekarang aku nak cerita kat korang semua perlu atau tidak ? apa yang perlu atau tidak ni ? ok meh2 duduk sini nak cerita . 

perlu atau tidak korang letak macam2 benda yang boleh menyebabkan blog loading lambat ? aku rasa tak ramai yang suka blog dia orang loading teramatlah lambatkan ? > saye suka ! saye suka ! < ahh ! kuang hajo ! jangan nak tipu hamba !

aku baru perasan , aku ada buat entry pasal " Kesilapan Semasa Menulis Entri " , so sebelum korang nak baca entri yang ini , cuba baca entri aku tu dulu :)

Perlu atau tidak korang letak benda ini :


word education verification 

ok selalu jugak lah aku jalan - jalan dekat blog orang lain yang masih lagi menggunakan word verification ni . terutama sekali yang aku tuju adalah newbie yang baru je buat blog . tolonglah buang . aku rasa macam benda ni mengganggu untuk aku comment dekat post dia orang . bukan semua orang dapat baca word tu dengan mudah , kadang2 word dia tu macam campur2 dengan nombor , lepas tu belit2 , yang memang membuatkan aku putus asa nak comment dan dengan rasa hampa aku terus blah dari blog tu . bayangkan kalau aku dah tulis panjang2 lepas tu ada pulak word verification nie . haishh . . . . 




Auto Music

widget ini adalah yang paling aku tak suka . tak silap aku bawah tu dia tulis gratisan musik . ye kot . aku pon tak tau , aku tak pernah guna . dulu aku guna mixpod tak guna gratisan musik ni . aku memang orang yang jenis suka dengar lagu . jadi bila aku buka komputer je mesti perkara pertama yang aku buat adalah buka lagu dari folder aku . bayangkan sekirangnya aku buka blog yang auto play music dia dan dalam masa yang sama aku buka 7 blog sekali gus , 6 darinya menggunakan auto play music . adoii pening aku dengar macam2 lagu ! macam2 genre aku dengar . kalau player music tu ada button pause takpa jugak kot ! tapi yang tak ada and sorok player macam mana ? conclusion is that not everyone likes what we like . 



Box .

aku taktau benda ni orang panggil apa . yang aku tau tu kotak . taktau la pulak kotak cadangan ke kotak fikiran ke atau kotak penalti . yang pasti nya aku tak suka benda ni . menganggu ! kalau 1 je takpe kot , aku maafkan lah ni sampai tanya nama aku siapa , duduk mana , nombor i/c , nombor akaun , nombo plat , nombor rumah , nombor ekor , semua kau nak tanya ! macam isi borang pon ada . dah lah kena isi sume benda tu . sabar jelaa , kadang2 sampai aku kena tekan " stop this message " , ye kot , aku pon dah tak ingat apa benda dia tulis kalau kita dah malas nak tekan " ok " tu banyak kali . 



Kalendar 

adoii ! ni pon lagi satu widget yang aku rasa xperlu letak dalam blog korang . sebab ? sebabnya ni kalendar biasa . nak kalendar biasa dan paling exclusive , dekat screen laptop korang pon ada kan ? tak payah susah2 nak tengok kalendar kat sini kan ? lagi pon tak ada lah macam berat nak loading blog korang kan if takde benda macam nie , betul tak ? huhu . lain lah kalau korang letak kalendar macam aku yang menunjukkan hari korang post entry . :) , kalau kalendar macam tu serius aku cakap ianya berfaedah .



Widget

perlu atau tidak widget seperti di atas ? bukan widget itu sahaja , banyak lagi ! tapi yang itu yang paling ramai peminat . antaranya yang ada kat atas tu kalau korang tak nampak ialah visitor , cursor dan lagi satu tu aku tak pasti apa dia tapi dia adik beradik visitor tu jugak . benda ni tak silap aku memberatkan loading blog korang . ditambah lagi dengan benda ni tidak berfaedah . yang cursor tu aku rasa tak ada faedah langsung selain dari mencantikkan blog . elok2 cursor tu bentuk macam anak panah kau pergi tukar gambar kartun lah apa lah . blink2 pulak tu . isk3


ok itu sahaja yang aku jumpa setakat ini semasa aku blogwalking . aku harap lepas ni dah tak ada dah benda2 yang macam aku sebut kat atas ni . :) , bila2 nanti , bila aku ada masa , aku buat entry tajuk benda yang patut ada pada blog korang ok ? huhu insyaAllah . 

papaii korang , aku undur diri dulu dan maaf jika ter kasar bahasa atau segala2 nya sama ada yang sengaja mahupun tidak , aku mohon maaf ok :) . babaiii . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...