Monday, 11 July 2011

Lelaki memang macam ni ke ?

Hello handsome boys and very very much pretty girls

credit to Haikle Irfan , cantik kan ? aku suka picture ni .

Nama aku Perempuan . Ye Perempuan . Hidup aku serupa macam korang . Ada hati , ada perasaan , ada muka juga tangan dan kaki . Tapi bukan tu sebabnya aku tulis entri ini . Aku tulis sebab ada benda yang buat aku tak puas hati dengan Lelaki . 

Kenal Lelaki ? Tipu lah korang tak kenal kan . Korang tau tak sebenarnya Lelaki ni bajet otai , bajet good dalam semua aspek je . Padahal tak pun , tunjuk macho konon , bla lah . Korang perasan tak kadang2 ada lelaki yang suka sangat permainkan hati perempuan . 

Aku tak tau lah apa tujuan dorang buat macam tu . Lelaki fikir perempuan ni suka sangat ke kena main hati ? Oh ya aku lupa , dorang ni bukannya tau pun hati perempuan macam mana . Apa dorang kata , perempuan susah difahami ? what the fuuuu . Siapa yang betul2 susah nak difahami sekarang =_= , grrrrr .

Ok tu baru satu . Lelaki ni kan , aku tak tau lah apesal . Guna lah ayat yang power sikit untuk mengurat perempuan . Kata lelaki kan . Ni balik2 ayat yang sama dia guna macam kat sini , tak matang betul ! Macam mana lah perempuan nak suka dan sayang dan sayang lagi dengan lelaki ni kalau guna taktik basi . Lelaki sekarang dah tak ada idea mengurat dah ke ?

Itu hari aku dapat banyak call dari nombor yang aku langsung tak kenal dan you know what , semua yang call adalah lelaki . So aku nak tanya dekat korang lah , lelaki ni memang ada nombor spare untuk mengurat ke ? Lagi satu , yang aku pelik sangat2 adalah dari mana mereka2 ( lelaki ) ni dapat nombor aku ? Confirm lah dari orang lain kan ? Korang lelaki ni tak dapat rasakan ke yang minta nombor telefon cik awek dari orang lain adalah satu cara yang langsung tak gentleman ?

Dah laa tak tau siapa , tiba2 call cakap nak berkenalan . Aku dapat bet lah , mana ada yang lelaki yang call perempuan hanya untuk berkawan ? Macam lah aku tak tau yang lelaki ni call aku hanya untuk mengurat . Biasalah tu , semua perempuan kan comel tak macam lelaki .

Aku betul2 tak faham , kenapa lelaki ni selalu kata yang perempuan ni jenis suka melayan ? Dah bila perempuan tak layan korang yang lelaki ni cakap perempuan tu sombong lah , jual mahal dan mengada2 . Tapi bila perempuan ni layan , korang mula lah cakap yang perempuan ni murah dan mudah melayan . Perempuan jenis macam mana yang korang nak sebenarnya ?

happy birthday to me . hehe

Lelaki tak payah lah risau . Even longkang lagi hensem dari korang , kita orang yang perempuan ni tak kisah sangat lah sebab perempuan tengok hati bukannya muka , kan girls ? Perempuan bukannya tengok luaran macam lelaki . Pantang nampak perempuan comel , cantik dan sexy sikit , mula lah jadi ulat bulu yang berbulu bulu . Menyampah gila aku .

Bila lelaki ni dah dapat perempuan , jangan lah main touch and go . Korang yang lelaki ni fikir kita orang suka ke ? Korang bukan kemain kan , masa mula2 mengurat , ayat memang tak boleh belah tapi bila dah lama couple cepat betul bosan dan mula lah nak cari lain . Korang patutnya bersyukur tau tak perempuan ni terima segala kekurangan dalam diri korang tapi korang minta benda yang bukan2 dekat perempuan . Dasar tak reti bersyukur !

Last but not least , aku paling tak faham kenapa lelaki suka sangat rosakkan kita orang ye ? Mula2 korang minta MMS gambar tak pakai baju lah , buka sana buka sini . Dan selepas itu mula lah korang cakap " alah rilex lah sayang , kita kan da janji nak kahwin , apa kata u try buktikan kasih dan cinta u kat i tu macam mana , i nak tengok lah sayang , please . . . . " . What the hell korang ni .

Hey ! jaga sikit ye mulut korang . kita orang bagi sebab kita orang sayang ok bukannya sebab kita orang tak ada maruah . Mana lah kita orang tau yang korang cuma nak mempermainkan je . Aku panas betul bila lelaki yang dah pernah buat macam ni dan akhirnya lelaki tu akan cakap dia nak kahwin dengan girls yang baik2 dan masih mempunyai maruah . Tak sedar ke apa yang korang buat selama ni ?

Kenapalah teruna lelaki tak boleh tengok ye ? Tak adil aku rasa . Kalau lah boleh tengok , mesti dan semestinya ramai dah lelaki tak ada teruna kan ? haha aku tak cakap semua :)

Akhir kata dari aku . Lelaki ni , sebelum nak mengurat sorang perempuan , cuba lah cara yang sangat2 kreatif bukannya ciplak dari housemate jiran sebelah taman punya pakcik sebelah bapak tiri ok . Lagi pun , aku rasa lebih baik kalau lelaki ni tengok cerita korea . Girls memang minat korea kan ? So why not korang belajar teknik yang lelaki korea tu buat untuk mengurat ? Heaven je kalau girls kena mengurat macam tu :)

So boys , ingat pesanan yang dibawa ikhlas dari aku ni tau ?

4 comments:

nie_zam said...

salam....amboi dak kcik nie..pndai ek skunk..hehe..ok,frst aku pujila coz ko dh phm mcm mne prngai laki nie skunk...sbb nie smue ats pglaman ko kn??good2...at least gurl kt luar sne leh bce...bleh thu ape sbnrye ade pde laki...cme stu jer aku nk kmen psal kdg2 laki nie mmg xdpt lri dri mngjar pmpuan coz mmg itu fitrah hidup laki...but 2 bgi sglintir nyerla...sbb dorg nie mhukan tman hidup dlm dri mreka xmhu snyi...tp yg psal isu amik ksmpatan kt pmpuan 2 aku stju...coz dorg xhrgai ape yg ade..seolah2 dorg xhrgai dri dorg sndri...dorg xpndai nk jge prasaan org len...mmg xptutla kn...so,aku hrp ko dpt jmpe laki yg ssuai tok ko..k??insyaallah,akn jmpe nnti...salam

alin said...

nie_zam , umangggg aih , sekali dy komen panjang lebar . haha .

yap memang lah , semua orang perlukan teman yang sentiasa ada kat sisi dia cuma kadang2 seseorang tu tak reti nak bersyukur dan hargai apa yang ada . :)

insyaAllah , kau macam tau2 je aku tengah cari . lalalalala hahaha . ok thanx nie_zam :)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

zana lagi suke lelaki yang xmengayat sangat ,. means xdew la sampai ber bunge bagai ,. adessss ,. rimas

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/adore-with-him.html

alin said...

Nur Syazana Mohammed Sani , haha sure agak rimas but maybe tu the only teknik he knows . HAHA

your blog , nice :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...