Monday, 25 July 2011

Andai Aku Pergi .

Assalamualaikum .


Pernah tak terfikir kalau korang mati , apa akan jadi pada dunia sekeliling ? Apa akan jadi pada keluarga dan kawan2 yang sentiasa bersama dengan korang ? hmm dan hari ini aku terfikir .

Kalau nak tengok daripada iman dan amal yang aku ada sekarang , confirm masih belum cukup untuk aku bawa bersama kalau aku pergi . . Aku tak nak masukkan bab agama dalam entri ni sebab semua orang dah tau kita kena jadi orang yang baik di dunia sebelum kita pergi kan ?

Aku terfikir kalau lah aku mati esok , lusa atau bila2 masa sahaja . Perkara pertama yang aku ingat adalah keluarga aku . Dia orang sedih tak bila tengok bilik aku dan gambar kenangan aku . Bila aku dah tak ada , mesti bilik aku kosong , nak ke dia orang kemas kan bilik aku . Sapukan sampah bila bilik aku berhabuk sebab aku dah tak boleh nak sapu .

Apa akan jadi pada kawan2 aku . Aku mengaku aku ramai kawan . Tapi adakah dia orang akan bersedih bila aku dah pergi atau mereka akan bergelak tawa bila aku dah tak menyusahkan dia orang untuk dengar semua masalah aku ? Aku harap dia orang bersedih dengan ketiadaan aku bukannya bergembira .

Bila aku dah pergi nanti , siapa yang nak tolong kutipkan hutang ? Hishh korang banyak hutang aku tau ! Cepat pulangkan hak aku kembali ! Baik bayar sekarang sebelum aku pergi . Kalau tak nanti tak ada siapa yang nak marah korang sebab tak bayar hutang lagi dah . Aku takut korang rindu je nanti . . .


Apa akan jadi pada blog aku kalau aku tak ada ? Siapa yang nak update blog ni . Siapa yang nak tolong korang selesaikan semua masalah cinta lagi ? hoho . Aku tak nak blog ni nampak macam usang . . Hmm aku dah lah tak ada penulis kedua . Siapa nak jadi penulis kedua blog ni ? hihik

Siapa yang nak buang gambar aku dan inform dekat kawan2 dalam facebook , tagged serta myspace aku yang aku dah tak ada ? Siapa yang nak buang gambar aku . Siapa yang nak tutupkan account aku bila aku dah pergi ? Tak ada seorang pun yang pernah tau email dan password aku melainkan aku seorang .

Apa akan terjadi pada sayang saya ? Hmm dia ok ke tak kalau aku tak ada nanti ? Hmm aku harap dia tak nangis sampai lebam2 mata sebab aku pernah cakap dekat dia yang aku sayangkan dia :) . Dont sad honey , you know i love you right ? Bila aku dah tak ada , pesan pada dia , aku membiarkan yang Esa menjaga dirinya . :)

kalau aku pergi nanti , agak2 korang rindu aku tak ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...