Sunday 26 June 2011

Salahkah Aku ?








 gaitahu  bagitahu jela saya

in this situation, who should be blamed ?

Wednesday 8 June 2011

AMARAN Kepada Blogger

Hello handsome boys and cute girls .

Tajuk entri macam menakutkan je =_= . Memang menakutkan pun . 

Semalam guwa jalan kaki ke Pahang lepas tu singgah kejap di dua tiga blog . Niat di hati nak curik barang sebotol dua air . Entah macam mana kaki guwa boleh terjejak kat blog Abg FerOz . Dah alang2 guwa ada kat situ , guwa pun berjalan di sekitar blog tersebut dan menjumpai sesuatu . 



 Amaran kepada blogger ! 


Sila tukar id blog ke akaun google . Pada yang memang dah guna google tu tak apa lah , tapi kalau yang masih guna yahoo ke apa ke macam aku , sila tukar ya :D . Tak paham ? Aisehman . . . . 



AMARAN dari Google . 



8 tahun Google membeli perkhidmatan percuma kepada setiap pelanggan yang menggunakan laman Blogger . Google mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger yang menggunakan akaun selain daripada akaun Google . Selepas 25 Jun 2011 , Google akan memadam akaun tersebut serta blog yang telah didaftar menggunakan nama akaun tersebut .  


Dah faham ? Ok3 jangan dok gelabah sangat lah . Lambat lagi tu . . hehe . Jadi sebelum apa2 berlaku , jangan nak tunggu sampai ang menangis tak berlagu , kita pakat sama2 tukaq lagu tu . Mari kita start kelas tuition kita pada hari ini . 


1 . Create akaun google.


Sila create akaun google dekat SINI . Bila google tak semestinya mesti gmail , hotmail pun boleh untuk login ke Google account . Dah ada ? Takpo2 , sabaq2 , moh kite tunggu member kite yang lain tu dulu . 

2 . Sign in blog 

Sign in sahaja blog macam biasa . ( contohnya korang menggunakan email Yahoo ) 

Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

Dah ? Step seterusnya .

 3 . Login akaun gmail

Selepas login korang dapat lihat dalam inbox ada email pengesahan . Klik link untuk pengesahan .

Jangan takut . Tekan sahaja link dan anda akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut .

Dah ? Step seterusnya .

4 . Logout dari akaun gmail

Logout dari akaun gmail anda tersebut dan login pula menggunakan email yang mula2 ( yahoo )  

Seterusnya . 

 5 . Grant admin privileges 


Pergi Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author > Klik grant admin privileges .

6 . Remove

Nickname lama korang dan email lama korang boleh di remove . Sekarang blog tersebut menggunakan akaun google sepenuhnya .



p/s : Entry ini untuk mereka yang tak LOGIN sejak 2007 SAHAJA macam aku .

------------------------------------

Untuk lebih info supaya tak berlaku salah faham , sila rujuk 

 - Kujie
 - Amanz  


Sunday 5 June 2011

Tersirat Atau Tersurat

Tersirat atau tersurat .


Awak , saya dah kenal awak lama . Hampir 2 bulan . Lama lah tu berbanding 2 hari . . 

Sepanjang saya bersama dengan awak . Saya bahagia sangat . Cukup bahagia . Tapi mungkin awak nampak luaran je saya bahagia , pernah tak awak nampak dalaman saya bahagia atau terseksa ? Tak pernah kan ?

Awak , sepanjang saya bersama dengan awak . Macam2 dugaan saya hadapi , macam2 cerita saya dengar tentang awak , tapi semua tu saya telan . Saya tak nak cerita dekat awak . Saya takut awak marah saya sebab percaya benda2 tu semua . . Awak ingat tak ? Hari tu awak ada cakap dengan saya 


" Paling penting yang awak kena tahu , jangan suka sangat layan cakap orang , jangan mudah percaya cakap orang sebab dulu saya jahat dan sekarang saya cuba berubah jadi baik , saya cuma nak awak cuba faham  dan cuba percayakan saya sepenuh hati awak . "

Sekarang , saya cuba jadi macam apa yang awak nak , apa yang awak inginkan . .  Tapi pernah tak awak tahu berapa banyak cerita yang saya dah dengar dari mulut orang lain ? Saya cuba pujuk hati saya untuk tak percaya semua benda tu , tapi awak tau kan hati perempuan macam mana ?

Awak , kadang2 saya menangis , kadang2 saya tertanya tanya , kadang2 saya bingung . Kenapa saya bersama dengan awak , kenapa awak beri saya harapan , kenapa awak dengan gentle nya minta untuk bersama dengan saya , kenapa awak baik dengan saya , kenapa ayat manis awak tu hanya pada saya . Kenapa awak , berikan saya jawapan pada setiap soalan itu awak . .

Awak , hari ni saya keluar dengan kawan baik saya . Kawan baik saya ada cerita sesuatu tentang awak . Sekali lagi awak cuba buat saya rasa nak menangis . Saya tak tahu sama ada benda tu jujur atau hanya mainan . Tapi saya tau , awak kan matang , mesti awak boleh fikir , takkan kawan baik sanggup menipu kawan baik dia sendiri ? Saya ragu2 sama ada nak percaya atau tak .

Saya takut nak tanya pada awak , sebab saya sendiri boleh fikir . Mana ada orang salah mengaku salah , orang menipu mengaku menipu , orang jahat mengaku dia jahat , orang gila pon tak mengaku dia gila , awak . Cuba sekali awak test kawan awak , tanya dia , dia gila ke tak ? Cuba tengok sama ada dia angguk atau geleng kan kepala . Kalau dia geleng kan kepala , cakap dengan dia " mana ada orang gila mengaku dia gila "


Awak pernah cakap dekat saya , yang awak sayang saya sangat2 . Awak perlukan saya dalam hidup awak . Awak rasa sunyi bila awak kehilangan saya . Saya tak tahu sama ada awak ikhlas atau tidak cakap macam tu dekat saya . Saya tak tahu sama ada itu tersirat atau tersurat di dalam hati awak .

Awak , saya tak mintak awak bagi perhatian pada saya 24 jam . 7 hari dalam seminggu , 365 hari dalam setahun . Awak , kalau lah awak baca ni , saya cuma nak awak tahu , tolong lah jangan buat saya menangis kerana awak . Awak tau kan saya sayang awak sangat2 .

Saya tau , kadang2 tu awak penat nak layan perangai saya yang mengada ngada . Tapi pernah tak awak dengar saya cakap dekat awak , yang awak menyusahkan saya ? Kenapa susah sangat awak nak faham saya ? Susah ke nak hargai apa yang saya buat untuk awak ? Susah ke nak setia dan sayang saya sepenuh hati awak ? Hmmm . .

Bila macam2 dugaan yang saya terima , kadang2 tu saya rasa macam putus asa dengan awak . Putus asa kerana terlalu sayangkan awak , terlalu percayakan awak . Kadang2 saya rasa macam kena tipu dengan awak . Terasa macam diri saya mainan pada awak . Saya bukan patung , awak . Saya ada hati jugak . .

Awak , kalau awak baca apa yang saya tulis ni , lepas je awak baca , tolong telefon saya . Cakap pada saya yang awak nak jumpa saya dan jelaskan pada saya apa yang tersirat dalam hati awak . Beritahu saya apa yang awak simpan dan sorokkan daripada saya sebab saya perlukan penjelasan dari awak .

Sekurang - kurangnya , lepas awak yakinkan saya dengan alasan munasabah dan logik awak tu , saya tak perlu dah percaya cakap orang . Saya boleh pujuk hati saya dan cuba ingat balik benda yang awak dah jelaskan pada saya . Tak lah saya sakit hati bila dengar macam2 tentang awak . Saya nak awak ajak saya jumpa awak sebab saya nak tengok dari riak wajah awak sama ada awak bekata benar atau menipu . saya bukannya bengong sangat . . . ok sayang ? bye =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...