Tuesday 8 November 2011

Dia yang Awak Tunggu Selama Ini ?

Assalamualaikum .


Terasa bagaikan entri ini memerli diriku . Ahh peduli apa ! Tapi takpe lah . Mungkin hanya sementara perasaan ini . Perasaan ini membuatkan fikiranku bercelaru . Teruskan hidup atau masih perlu untuk menunggu ?

Adakah kamu juga sepertiku ?


Perlukah kita menunggu seseorang atau sesuatu dalam hidup?
Ada orang yang sentiasa mahu ditunggu.
Ada orang yang sabar menunggu.
Ada orang yang sudah jadi penunggu.
Eh.


Awak.
Sedang menunggu dia?
Sedang menunggu dengan setia?
Sedang menunggu dengan sabar dan bersedia?
Sedang menunggu tanpa mengharap apa-apa?

Awak.
Tidur malam dihiasi mimpi.
Awak nampak kelibat seseorang berlari.
Awak kejar sekuat hati.
Awak mahu gapai kuat guna jari.
Awak mahu rapat ke sisi.
 
 

Awak.
Adakah dia yang muncul?
Adakah wajah dia yang terpacul?
Awak enggan mengaku sebab bacul?
Anehnya, awak tidak mahu jadi lurus bendul.
Takut dikatakan bahlul.


Awak.
Adakah dia orang yang awak tunggu?
Adakah dia layak ditunggu?
Apa yang buatkan awak menunggu dia sehingga kematu?
Apa yang menyebabkan awak sanggup berdiri seperti batu?
Awak sahaja ada jawapan itu.

Awak.
Adakah awak percaya dengan hati sendiri?
Adakah awak yakin dengan keputusan mahu terus memerhati?
Adakah awak sudah fikir menggunakan otak kiri?
Awak.
Perlu tentukan jalan hidup sendiri.
Teruskan hidup atau masih perlu untuk menunggu ? 


Thank You Zara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...