Seperti kebiasaan , menjelang sahaja hari lebaran maka banyak lah ayam2 yang disembelih bukan kerana keredhaan hati . Aku baru terima email dari seorang ayam . Huh ! Moden betul ayam2 sekarang . . Dan hari ini kita berpeluang untuk menyelami kisah hidup seorang ayam yang hidup dia kita pun tak tahu sampai bila . Ini lah hikayat hidup seorang ayam .
****************
Nama femes aku adalah Ayam . Tak perlu lah rasanya korang tahu apa nama sebenar aku yang tertera di kad pengenalan ayam2 sedunia . . Korang tau nama femes aku dah ler . . Hari ini aku ingin membawa korang masuk dan menyelami lautan dalam kisah hidup guwa sebagai err ayam .
Memandangkan aku adalah ayam makanya aku tak tahu apakah penjodoh bilangan bagi ayam . Maafkan aku . Hidup aku tidak seperti hidup manusia yang hanya tahu makan aku tanpa mengetahui bagaimana sakitnya hati .
Lagi2 dah nak raya nih . Aku tengok ramai betul dok beratur nak beli kawan aku kat pasar tuh haa . Isk3 sedih pulak aku . Aku sebagai ayam konpius , apa sedap nye makan ayam nih ? Itu hari aku ada terbaca surat khabar mengatakan terlebih makan ayam boleh mengakibatkan kegemukkan . Isk3 kitaorang pulak yang disalahkan .
" Tak guna punya ayam ! Awat ang beyak merata-rata ! ishh busuk selipar guwa ! " . Kenapa mesti kami ? Mana lah kami tahu tandas tuh kat mana , cirit dah . . .
" Tak guna punya ayam ! Awat ang beyak merata-rata ! ishh busuk selipar guwa ! " . Kenapa mesti kami ? Mana lah kami tahu tandas tuh kat mana , cirit dah . . .
Lagi satu , aku sebagai ayam tidak berpuas hati , mengapa ayam yang dijadikan sajian menyambut lebaran dengan memasak kami jadi apa tuh rendang eh ? isk3 sedih hati kami . Kenapa tak masak benda lain selain dari bangsaku sendiri ? Takkan nak masak kerusi masak rendang pulak . . apa bangang nye ayam nih -_-
Itu hari aku terdengar tuan rumahku memasang cerita Chicken Run di tv . Sedih pulak hati . Sewaktu rakan-rakanku yang lain sedang lena dibuai mimpi indah , aku masih lagi tersedar dari lamunan yang panjang , aku terfikir kenapa aku tak boleh jadi macam Ginger dalam Chicken Run tuh . . Happy je hidup tak payah kena sembelih .
Dan aku terfikir , macam mana nak lari dari dunia manusia dengan muka yang hodoh , busuk dan berperut boroi nih -_- . Tak sempat nak lari dah kena tangkap . Pernah dulu aku suggest dekat ketua ayam tentang pendapat ku ini , boleh pulak beliau kata , " Tak payah lah weh , kita lari pun nanti nak makan apa ? Kat sini lagi banyak makanan berbanding duduk di luar macam ayam liar tuh . Berserah sahaja pada takdir kalau kau kena sembelih pun . Jangan tengok sangat cerita2 ayam macam tu , dongeng je . Kau budak2 apa tau ! "
Hmm sedih hati aku . Dah lah penat dah menaip , dah lah meminjam laptop ayam , menaip panjang2 pulak . Apa2 pun Selamat Hari Raya . Lagi seminggu nak raya so prepare lah . Nak balik kampung tuh hati2 , ingat lah kami ayam2 disini . Yang pasti jangan makan kami nanti gemuk ! heheh . Okeh bye .
by Ayam Kuciwa
**************
Apa motif sebenar ayam ni hantar email kat aku ?
No comments:
Post a Comment