Monday, 29 August 2011

Terima Kasih Awak..











Just when questions seemed endless, it suddenly became clear. You came not to love me but to teach me how to love. Then you walked away without any idea how much i’ve learned and how much it hurts...






Credit : Cik Gadis

           Zack Zukhairi 





p/s : selalunya guwa guna photoshop untuk lukis menatang nih tapi benda alah tu tak ada , so guwa lukis doodle nih guna microsoft excel . maaf .  

Thursday, 25 August 2011

Bila Korang Sedih


Aku tak tahu apesal . Mood dah nak raya tapi aku yang menangis seorang diri . Nampak macam aku bahagia sangat2 dengan hidup aku . Tapi dalam hati hanya tuhan je yang tau .

Actually tujuan aku membuat entri pendek ini adalah untuk bertanya pada korang . Kebiasaannya , aku ulang kebiasaannya , masa korang sedih atau rasa sebak gila dalam hati , apa yang korang akan buat untuk try tenangkan diri ? 


Monday, 22 August 2011

Ayam Menjelang Lebaran

Assalamualaikum .



Seperti kebiasaan , menjelang sahaja hari lebaran maka banyak lah ayam2 yang disembelih bukan kerana keredhaan hati . Aku baru terima email dari seorang ayam . Huh ! Moden betul ayam2 sekarang . . Dan hari ini kita berpeluang untuk menyelami kisah hidup seorang ayam yang hidup dia kita pun tak tahu sampai bila . Ini lah hikayat hidup seorang ayam .  


****************

Nama femes aku adalah Ayam . Tak perlu lah rasanya korang tahu apa nama sebenar aku yang tertera di kad pengenalan ayam2 sedunia . . Korang tau nama femes aku dah ler . . Hari ini aku ingin membawa korang masuk dan menyelami lautan dalam kisah hidup guwa sebagai err ayam . 

Memandangkan aku adalah ayam makanya aku tak tahu apakah penjodoh bilangan bagi ayam . Maafkan aku .  Hidup aku tidak seperti hidup manusia yang hanya tahu makan aku tanpa mengetahui bagaimana sakitnya hati .

Lagi2 dah nak raya nih . Aku tengok ramai betul dok beratur nak beli kawan aku kat pasar tuh haa . Isk3 sedih pulak aku . Aku sebagai ayam konpius , apa sedap nye makan ayam nih ? Itu hari aku ada terbaca surat khabar mengatakan terlebih makan ayam boleh mengakibatkan kegemukkan . Isk3 kitaorang pulak yang disalahkan . 


" Tak guna punya ayam ! Awat ang beyak merata-rata ! ishh busuk selipar guwa ! " . Kenapa mesti kami ? Mana lah kami tahu tandas tuh kat mana , cirit dah . . .




Lagi satu , aku sebagai ayam tidak berpuas hati , mengapa ayam yang dijadikan sajian menyambut lebaran dengan memasak kami jadi apa tuh rendang eh ? isk3 sedih hati kami . Kenapa tak masak benda lain selain dari bangsaku sendiri ? Takkan nak masak kerusi masak rendang pulak . . apa bangang nye ayam nih -_-


Itu hari aku terdengar tuan rumahku memasang cerita Chicken Run di tv . Sedih pulak hati . Sewaktu rakan-rakanku yang lain sedang lena dibuai mimpi indah , aku masih lagi tersedar dari lamunan yang panjang , aku terfikir kenapa aku tak boleh jadi macam Ginger dalam Chicken Run tuh . . Happy je hidup tak payah kena sembelih . 

Dan aku terfikir , macam mana nak lari dari dunia manusia dengan muka yang hodoh , busuk dan berperut boroi nih -_- . Tak sempat nak lari dah kena tangkap . Pernah dulu aku suggest dekat ketua ayam tentang pendapat ku ini , boleh pulak beliau kata , " Tak payah lah weh , kita lari pun nanti nak makan apa ? Kat sini lagi banyak makanan berbanding duduk di luar macam ayam liar tuh . Berserah sahaja pada takdir kalau kau kena sembelih pun . Jangan tengok sangat cerita2 ayam macam tu , dongeng je . Kau budak2 apa tau ! "

Hmm sedih hati aku . Dah lah penat dah menaip , dah lah meminjam laptop ayam , menaip panjang2 pulak . Apa2 pun Selamat Hari Raya . Lagi seminggu nak raya so prepare lah . Nak balik kampung tuh hati2 , ingat lah kami ayam2 disini . Yang pasti jangan makan kami nanti gemuk ! heheh . Okeh bye . 

by Ayam Kuciwa

**************

Apa motif sebenar ayam ni hantar email kat aku ? 

Monday, 15 August 2011

Any Volunteers ?

Assalamualaikum .


Hari ni aku tak ada benda nak cerita . Cuma aku nak mintak tolong dekat korang , tak kisah lah sama ada korang tua , muda , tinggi , pendek , kurus , gemuk , remaja , orang tua , dah kahwin , belum kahwin , student , bekerja , bloggers , bukan bloggers , facebookers , bukan facebookers . .


Cerita dia macam ni , kawan aku tak boleh buka facebook dia . So dia minta tolong aku untuk bantu dia , setelah dua hari aku mencuba untuk membuka facebook kawan aku tu balik semula , tapi tak dapat . Facebook dia ada orang lain yang tukar password dan dia tak tau siapa yang tukar . Yang pasti bukan dia .








Rasa nak nangis sebab aku tak boleh tolong orang . So aku nak mintak tolong serta meraih simpati kat korang , siapa2 yang tau macam mana nak buka balik facebook member aku ni , sila comment ye . Korang kan baik :) . Hulurkan tangan , ringankan beban .




So , any volunteers ?

Sunday, 14 August 2011

Lelaki Seperti Aku

 

 Lelaki Seperti Aku by Aliff Satar .

First time aku dengar lagu ni masa tengah siapkan kerja sekolah . Earphone lah kan . Mula2 aku dengar tak ada lah enjoy gila rasa macam nak melompat ke apa ke . . Sebab lagu dia aku dengar macam pfttt je . Mungkin sebab aku tak tengok lirik dia kot . . 

Hari ni guwa dengar lagi sekali kat profil page encik Zack . Siap ada video lirik lagu dia . So bila aku play je lagu tuh , umangg aihh lirik dia ! Mengancam , haha .

Maka tak perlu kau susah hati ,
Banyak lelaki yang bisa kau pilih ,
Untuk kau jadikan sandaran hati .

See ? guwa dengar lagu ni , alahai terus guwa rasa nak download . haha . Okeh serious aku kata , aku dah play lagu ni berulang kali . Haha jatuh cinta . Aku harap tak ada lah lelaki yang bagi aku lagu ni . Sedih pulak kalau kita sedang mengharap kan lelaki tu tapi tiba2 dia bagi lagu ni . Woahhh pecah hati bhai :D

Korang suka tak lagu ni ?

Saturday, 6 August 2011

Perempuan memang macam ni .

Assalamualaikum .

Hello perasan comel girls dan handsome boys .
oh shopping =_=


Nama aku Lelaki . Apa masalahnya dengan lelaki ? Oh ya , tujuan aku create entry ini adalah bagi membalas entry budak Perempuan yang sarcastic gila cakap lelaki macam2 . Oh kau fikir aku suka sangat lah kau cakap macam tu dekat kaum aku ? weh malu tahu tak !

Disebabkan aku sebagai seorang lelaki yang handsome lagi cute lagi kacak serta macho dan baik hati maka dengan itu aku akan bagitau sifat perempuan yang mungkin selama ni korang tak pernah tau pun . Haha padan muka kau lah Perempuan , siapa yang suruh kau cakap lelaki macam tu . Ingat kitaorang ( lelaki ) ni tak boleh balas balik ke ? :)

Pertama sekali adalah korang pernah tak tengok cara perlakuan perempuan ? Oh okay , ini contoh . " Kejap lagi 5 minit siap , tengah cari kasut . " . Dan korang dapat agak tak apa yang akan berlaku selepas itu ? Janji 5 minit tapi boleh jadi setengah jam . Cari kasut 10 minit ditambah pulak dengan tidak sengaja , masuk balik dalam rumah untuk ambil beg tangan .

Lepas tu lalu depan cermin , tengok2 kejap baju sesuai tak dengan seluar . Lepas tengok baju , tengok make up ok ke tidak . Hilang tak make up , lepas tu ternampak bedak tak berapa nak tebal . Tebalkan sikit dan baru siap sepenuhnya . 5 minit boleh jadi 30 minit . Oh perempuan2 . .



Ehem perempuan , boleh tak kalau lepas ni tak perlu ajak lelaki temankan korang shopping ? Apa ingat lelaki tak ada kerja nak buat ke asyik nak temankan korang shopping ? Tak teman kang merajuk pulak . Suruh temankan shopping janji nak beli sehelai baju sahaja . Aku ulang sehelai baju sahaja .

Tapi bila masuk je shopping mall , nampak baju cantik sikit nak beli . Niat asalnya adalah nak beli baju sehelai dah tak jadi sebab dah beli baju 4 helai , seluar 3 helai , maskara 1 , eye shadow 3 hingga 4 kaler . membazir betul !

Wahai kaum perempuan sekalian , pernah terfikir tak macam mana cara korang bershopping ? Niat nak pergi 1 kedai je tapi bila sampai tempat yang dituju ? Semua kedai nak pergi ! Duit pulak berhabis sampai beratus-ratus , am i rite girls out there ? I know i'm always right . . :D

Berbeza dengan kitaorang yang lelaki ni . Niat nak pergi 1 kedai je dan bila sampai kat tempat tu terus pergi satu kedai tadi dan belah dari situ . Duit yang keluar dari wallet pun tak ada lah sampai beratus-ratus . am i rite boys ? haha .


see ?


Apa2 sekali pun , pelengkap hidup lelaki adalah perempuan . Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan juga memerlukan lelaki dalam hidup . Perempuan ni , ada kalanya membawa kepada gembira , ada kalanya membawa duka , ada kala membawa kepada kesenangan dan ada kala membawa kepada kesusahan . 

We need each others . . See girls ? kita orang lelaki ni , biarpun agak geram dengan perempuan , kita orang masih sayang tau . Korang girls ? Tau mengutuk je . . . Nasib baik comel . .

Perempuan memang macam ni kan ?

Monday, 1 August 2011

Hakikat Sebenar Kehidupan

Assalamualaikum .


How your life ? ok ? good :) . Hari ni aku nak cerita tentang hakikat sebenar kehidupan . Dalam kehidupan korang mesti dan juga semestinya korang akan berdepan dengan banyak masalah , banyak duka dan banyak kenangan yang gilaa manis . am i rite ? :D

Dalam hidup , masa korang kecil ingat tak apa yang berlaku ? Masa kecil korang akan dididik supaya jangan buat sesuatu benda yang orang tak suka kan . Bila ibu korang cakap , "adik jangan buat itu" , "abang jangan buat ini" kan ? Tapi biasalah kanak2 . Apa yang dilarang tu lah yg nak sangat buat . . Apa yang milo cakap ? play more learn more . 

Masa korang remaja , hidup korang agak susah . Mana taknya , dengan cinta bersegi2 lah , exam bagai nak rak , kawan tikam belakang bla bla bla . Bila masa remaja jugaklah korang akan terfikir mana nak cari duit . Haha jangan tipu aku kata tak pernah . Semua orang berlumba mencari duit tapi apa yang duit tu boleh bantu korang ? 

Ya segala-galanya perlukan duit sampai nak makan pun korang perlukan duit tapi duit bukan segala-galanya which its mean keluarga dan bahagia kau tak boleh beli dengan duit even kau bagi 3 ringgit sekali pun . Oh serius aku kata hidup sebagai seorang remaja agak susah . . 



Korang pernah tengok drama tak ? Banyak kan drama yang sedia ada kat tv tu ? Kalau korang buka je tv tu banyak gilaa drama yang ditayangkan cuma yang membezakan best dan tak best . kan ? Kat sini bukan lah aku nak cerita tentang drama yang aku tengok semalam atau malam ni atau malam tahun lepas . Apa yang aku nak cerita adalah kehidupan didalam drama .

Agak2 korang best tak hidup macam drama ? Dimana kalau dalam drama korang dapat tengok hero juga heroin dia comel gila ! Dalam drama pelakon dia mesti hensem dan cantik tapi bila hakikat sebenar ? Aku rasa macam tak adil pulak =_= . Kadang2 aku pernah terfikir seandainya hidup aku umpama drama yang sentiasa ada gembira menanti .

Dalam drama jugak korang akan tengok ada happy ending dia right ? Lagipun dalam drama mana ada sedih . Sedih pun main2 je . Ikut script boleh cerita lah . Kalau korang tengok sendiri , kadang2 tu hidup didalam drama rasa heaven kan ? Rasa bahagia je . Yelah sebab semuanya dah pun diatur dan disusun agar jalan cerita nampak sweet macam gula . :)

Sayangnya , hakikat sebenar kehidupan tidak seindah drama :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...