Sunday, 3 July 2011

Maafkan Aku Papa

Nama aku Miakhalisa . What a beautiful name maa . . Panggil aku Halis . Actually , aku asalnya dari keluarga yang cukup kaya . Memiliki kemewahan lebih dari apa yang diperlukan . Orang cakap kalau ang minta apa benda sekali pun , ang mesti dapat punya lah !



Sekarang aku berumur 15 tahun , aku baru sahaja kehilangan seorang mama yang paling aku sayang . Sekarang aku hanya tinggal dengan papa di rumah yang serba mewah ini . After few days mama passed away , I met a boy who is very handsome in the social page . His name is Ared

 The boy ask me to meet him at the area of my house . Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menipu . Mama tak pernah ajar aku menipu . I'm asking papa for the permissions to meet with my bestfriends . Papa let me go .

Yes , mamat tu bukan cuma hensem tapi kira dia stailo , budak bandar macam tu lah kan :) , oh nice . Selepas 2 minggu kami kenal , aku dan Ared couple . Di situ juga detik hitam bermula . 

 Today , papa outstation , dia tinggalkan sejumlah wang yang agak banyak untuk aku belanja shopping atau apa2 je . Ada orang cakap , sekali menipu kita akan rasa nak buat lagi . Yeah , its true . Aku cakap dengan papa aku nak beli buku rujukan dalam dua tiga buku . Papa tambah duit tu :)

****************

Ared ajak aku pergi pantai , macam biasa lah , lelaki kan . . Ared minta aku kiss dia , aku tak nak ! Kali kedua jumpa , Ared minta untuk peluk dan kiss aku . I said yes . Kali ketiga jumpa , Ared meminta my body , oleh kerana sayangkan Ared dan berharap Ared milik aku , what the hell things aku benarkan dia sentuh aku .  

Aku dah tak ada maruah masa tu . Seminggu lepas segala kejadian tu berlaku , aku fikir tak ada siapa yang tahu aku benarkan Ared sentuh aku . Tiba2 aku kena panggil dengan cikgu disiplin , dia nampak aku dan ared masuk sebuah hotel dan dia call papa . Aku buat papa malu dengan sikap aku . 

I'm sorry papa , aku sayangkan Ared . Papa balik dari kerja , papa marah aku dan pukul aku untuk pengajaran . Biasalah , perempuan kan , mesti merajuk punya lah . Masa tu , aku rasakan papa seorang yang sangat kolot . Semua benda nak halang aku . Aku nak mengadu pada Ared , tapi Ared entah mana hilang . 

Aku keluar dari rumah . Aku marah sangat dengan papa sebab pukul aku . Aku duduk di rumah kawan aku . Aku rasa menyesal tinggalkan papa tapi aku ego , aku biarkan papa derita tanpa aku . Siapa suruh papa pukul aku . Aku berkawan bukan dengan orang baik . Kawan aku mengajak aku untuk ke kelab malam .

Aku semakin liar . Dengan muka yang menawan juga aset yang aku ada , aku diterima untuk melacur . Sebulan aku dah dapat rm 1000 , senangnya cari duit . Itu kerja aku , sehinggalah satu hari , aku terserempak dengan papa semasa sedang melepak dengan kawanku . 
 
 Papa mengajak aku pulang , setelah dipaksa , akhirnya aku akur dengan permintaan papa . Hidup di rumah bagaikan neraka bagi aku . What ever things yang papa buat untuk aku , aku tak pernah hargai . Aku pernah ternampak papa menangis seorang diri dan duduk di birai katil . Mungkin kesal dengan sikap aku . Ahh pergi mati lah situ ! Aku benci papa !

Satu hari , aku dah tak tahan . Aku marah papa , aku gunakan kata kesat pada papa . Aku berlari keluar tapi papa tahan aku , aku gunakan tangan untuk menumbuk dan menampar , kaki untuk menyepak papa . Ya Allah , kejam nya aku . 

Keluar sahaja aku dari pintu pagar aku terus berlari , tapi papa sempat mengejar . Aku sudah berada di seberang jalan sedangkan papa baru ingin melintas dan tanpa aku sedari , sebuah kereta menuju laju dan melanggar papa . 

Aku terkejut dan menoleh ke belakang , aku ternampak papa terseret di jalan raya dengan berlumuran darah . Aku menjerit memanggil papa . Kereta tersebut berhenti di bahu jalan , mungkin terkejut dengan eksiden yang baru berlaku . 

Aku berlari menuju ke papa . Papa kehilangan banyak darah . Aku meraung menjerit memanggil papa . Papa masih bernafas dan mungkin itu yang terakhir , papa sempat beritahu aku satu perkara . Papa kata " even sayang buat macam2 pada papa , papa tetap sayangkan anak papa Miakhalisa Amira Mohd Hasrif . Jaga diri sayang " . Papa pergi buat selamanya . 

Aku meraung menangis meratapi kematian papa . Aku tak sempat beritahu papa yang aku sayangkan papa dan meminta maaf atas apa yang berlaku . Sekarang aku kehilangan seorang lagi insan yang aku sayang . Papa , maafkan Halis . Halis berdosa pada papa . 

Papa banyak mengajar aku tentang kehidupan . Terima kasih atas segala pengorbananmu papa . Selamat Hari Bapa .

2 comments:

Ghab Van Hal said...

wah, sedihnye cerita kamu..semuga dapat pulih dari setback ini..mak dan ayah kamu memang sayang kamu...

alin said...

ghab van hal , terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...