Saturday, 2 April 2011

Perlu Atau Tidak ?


salam sejahtera korang semua ! maaf aku tak update mengikut masa yang aku tetapkan . aku cadang nak update hari jumaat semalam tapi masa tidak mengizinkan jadi aku update hari ni . sebab aku tak update semalam ? tak perlu lah korang tau sebabnya haha . aku tengok maharaja lawak sebenarnya ! best oh ! part nabil memang aku asik gelak je . hahaha

ok tutup cerita tentang maharaja lawak . sekarang aku nak cerita kat korang semua perlu atau tidak ? apa yang perlu atau tidak ni ? ok meh2 duduk sini nak cerita . 

perlu atau tidak korang letak macam2 benda yang boleh menyebabkan blog loading lambat ? aku rasa tak ramai yang suka blog dia orang loading teramatlah lambatkan ? > saye suka ! saye suka ! < ahh ! kuang hajo ! jangan nak tipu hamba !

aku baru perasan , aku ada buat entry pasal " Kesilapan Semasa Menulis Entri " , so sebelum korang nak baca entri yang ini , cuba baca entri aku tu dulu :)

Perlu atau tidak korang letak benda ini :


word education verification 

ok selalu jugak lah aku jalan - jalan dekat blog orang lain yang masih lagi menggunakan word verification ni . terutama sekali yang aku tuju adalah newbie yang baru je buat blog . tolonglah buang . aku rasa macam benda ni mengganggu untuk aku comment dekat post dia orang . bukan semua orang dapat baca word tu dengan mudah , kadang2 word dia tu macam campur2 dengan nombor , lepas tu belit2 , yang memang membuatkan aku putus asa nak comment dan dengan rasa hampa aku terus blah dari blog tu . bayangkan kalau aku dah tulis panjang2 lepas tu ada pulak word verification nie . haishh . . . . 




Auto Music

widget ini adalah yang paling aku tak suka . tak silap aku bawah tu dia tulis gratisan musik . ye kot . aku pon tak tau , aku tak pernah guna . dulu aku guna mixpod tak guna gratisan musik ni . aku memang orang yang jenis suka dengar lagu . jadi bila aku buka komputer je mesti perkara pertama yang aku buat adalah buka lagu dari folder aku . bayangkan sekirangnya aku buka blog yang auto play music dia dan dalam masa yang sama aku buka 7 blog sekali gus , 6 darinya menggunakan auto play music . adoii pening aku dengar macam2 lagu ! macam2 genre aku dengar . kalau player music tu ada button pause takpa jugak kot ! tapi yang tak ada and sorok player macam mana ? conclusion is that not everyone likes what we like . 



Box .

aku taktau benda ni orang panggil apa . yang aku tau tu kotak . taktau la pulak kotak cadangan ke kotak fikiran ke atau kotak penalti . yang pasti nya aku tak suka benda ni . menganggu ! kalau 1 je takpe kot , aku maafkan lah ni sampai tanya nama aku siapa , duduk mana , nombor i/c , nombor akaun , nombo plat , nombor rumah , nombor ekor , semua kau nak tanya ! macam isi borang pon ada . dah lah kena isi sume benda tu . sabar jelaa , kadang2 sampai aku kena tekan " stop this message " , ye kot , aku pon dah tak ingat apa benda dia tulis kalau kita dah malas nak tekan " ok " tu banyak kali . 



Kalendar 

adoii ! ni pon lagi satu widget yang aku rasa xperlu letak dalam blog korang . sebab ? sebabnya ni kalendar biasa . nak kalendar biasa dan paling exclusive , dekat screen laptop korang pon ada kan ? tak payah susah2 nak tengok kalendar kat sini kan ? lagi pon tak ada lah macam berat nak loading blog korang kan if takde benda macam nie , betul tak ? huhu . lain lah kalau korang letak kalendar macam aku yang menunjukkan hari korang post entry . :) , kalau kalendar macam tu serius aku cakap ianya berfaedah .



Widget

perlu atau tidak widget seperti di atas ? bukan widget itu sahaja , banyak lagi ! tapi yang itu yang paling ramai peminat . antaranya yang ada kat atas tu kalau korang tak nampak ialah visitor , cursor dan lagi satu tu aku tak pasti apa dia tapi dia adik beradik visitor tu jugak . benda ni tak silap aku memberatkan loading blog korang . ditambah lagi dengan benda ni tidak berfaedah . yang cursor tu aku rasa tak ada faedah langsung selain dari mencantikkan blog . elok2 cursor tu bentuk macam anak panah kau pergi tukar gambar kartun lah apa lah . blink2 pulak tu . isk3


ok itu sahaja yang aku jumpa setakat ini semasa aku blogwalking . aku harap lepas ni dah tak ada dah benda2 yang macam aku sebut kat atas ni . :) , bila2 nanti , bila aku ada masa , aku buat entry tajuk benda yang patut ada pada blog korang ok ? huhu insyaAllah . 

papaii korang , aku undur diri dulu dan maaf jika ter kasar bahasa atau segala2 nya sama ada yang sengaja mahupun tidak , aku mohon maaf ok :) . babaiii . 

2 comments:

kindergartenlibrary said...

nelly setuju !!

alin said...

@nelly , huhu tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...