Saturday, 12 March 2011

Kesilapan Semasa Menulis Entri


salam sejahtera korang sume ! da lame agaknya aku x update blog ni . takde mase ! sebok dgn exam + study . ( alasan ) huhu anyway , i just want to sharing with you all some mistakes when writing blog entries . aku tahu ramai dah blogger lain tulis pasal nie but aku nak ingatkan lagi sekali kat korang agar korang xlupa yang blog korang ada PEMBACA .


kalau boleh tolong lah elakkan benda ni dari berlaku dekat entri blog korang . sebelum aku tulis apa2 kalau korang tak suka atau mempunyai prinsip " blog guwa , suke hati guwa lah nk tulis entry guwa tuh cmne . jgn blagak bagos nk ckp org ! " , sila dgn hormat nya aku ckp pergi blogwalking blog org lain atau baca entri aku yg lain .


aku tulis untuk korang sebab aku tgk ramai lagi blogger yg mungkin tak sedar dgn entri dorang mcm mana . aku dah bnyak kali blogwalking and bnyak kali jugak aku nmpak bende yg sama . aku tulis nie di atas kajian aku . aku bukan nak aibkan korang cuma aku nak nasihat kan korang terpulang nk dengar atau tak .


Antaranya ialah :


1 - @d3 oWaNg Suk3 tULi5 cMn1E...


paham ? bagi aku , kalau tulisan tu satu ayat je tulis mcm tu takpe . cuba kalau 1 entri yg pnjang berjela - jela nie tulis mcm tu . ape korang rasa bila nak baca ? seksa ? suka ? kenapa perlu tambah2 nombor , huruf kecil besar , dah ok dah tulisan tu tak perlu lah kot nk tambah macam2 . dah la tulis macam tu lepas tuh tulisan kecik sangat . . font size berapa tah dia gune . sah aku tak nak bace blog beliau . bayangkan lah seksa nya aku nak baca . lebih2 lagi kalau entri dia best tapi tulisan pulak macam tu . golongan dia faham la tulisan macam tu . aku tak tau apa faktor yg buat dia suka sangat tulis macam tu .  


2 - Short Form


contoh : " kau ttaw ppe, janun nux cwik pcal nun aku doe,aku ta cwik pcal nun ko un? "


paham ? segelintir lahhh , yg sgelintir lagi cmne ? haishhh nie pon aku nak korang bayangkan . kalau lah entri pnjang2 lepas tuh dgn ayt singkat dy . . . aku xbrape bkenan la . . ayt kau tuh susah nak baca tahu tak ? nak tulis short form boleh tp biar lah orang paham . kau tulis panjang2 tp tak ada orang paham xguna jugak . kau buat blog nak bagi orang baca kan ? kalau tak ada siapa nak baca , untuk apa kau buat blog ? ( apa guwa merepek nie . . ) . lain lah kalau kau buat blog personnal sebab kau tulis , kau sendiri baca . sendiri paham tak apa laa . . aku blogwalking kat blog kau terus takde mood nak baca . dengan rela hati aku tekan je pangkah , kan dah kurang 1 traffik . kalau ramai lagi yg buat prangai macam aku ? berapa traffik kau rugi . . yang aku tau antara sebab2 guna short form adalah untuk meringkaskan pkataan ( memang lah ) dan menjimatkan masa ( yeke ? ) .


3 - Bahasa Rojak 


contoh 1 :


contoh 2 : " please hurry up , ak da lame gile kot waiting kau tahu ! bored tahu ! kau xingt kawan ke babe ? "
ok ni lagi satu masalah . kau campur aduk kan bahasa inggeris dengan bahasa Melayu . apo kono eh jang ? kau nak gune bahasa rojak pon agak2 lah , jgn laa sampai orang xpaham apa yg kau tulis sebab terlalu rojak . rojak yg aku cakapkan ialah seperti gambar di atas . kalau boleh sila lah guna untuk 1 ayat bhasa inggeris dan 1 ayat bhasa Melayu sahaja . kire dlm ayat tuh tak ada campur aduk bahasa . Tak salah penggunaan english terms dalam penulisan asalkan ada hadnya . mungkin sebab kita dah biasa dengan perkataan tuh . takpe la kalau orang boleh faham . kalau tak ? erghhh rase macam annoying tahu ! lain lah rojak , sedap je makan . nyumm2 . . 


4 - Bahasa Sms



contoh : " titew cyg awaq . awaq cyg titew x ? titew tol2 cukew came kamo0 lhaa . . "

ayat gedik ( org ckp ayat gedik ) dengan bahasa sms . kalau kau gune untuk tepon takda masalah kot . ianya menjadi masalah kepada si pembaca mesej kau tu jela . kalau dia same dengan golongan mcm si penghantar ayat tu tak ada masalah kot , masalah bagi yg bukan golongan si penghantar . ok stop ! bukan pasal tepon yg kita nak bincangkan sekarang . kita sedang membincangkan jika bahasa sms ini dijadikan entri . aku dah pernah jumpa orang macam tu yg tulis di entri menggunakan bahasa sms . bayangkan lagi sekali sekiranya seluruh entri yg pnjang tersebut menggunakan bahasa sms ? tak ke geram + sakit hati nak baca ? kalau guna bahasa sms tak apa kot ni campur pulak dengan bahasa gedik kau tu !! eeeee geram nya aku ! dengan perasaan sabar terus aku tekan (X) je .


ok itu sahaja yg aku jumpa setakat ni . . nak tambah apa2 kat comment lah ye =) , lagi sekali aku cakap , aku bukan nak aibkan kau orang atau saja2 je . benda kenyataan dan aku hanya nak nasihat kan kat korang . suke hati nak ikut ke tak . aku buat entri sebab aku tahu kalau aku nasihat kat kau orang , kau orang marah aku balik cakap " ni blog aku , suka hati aku lah , kau tak ada hak nak masok campur "

ok ingat pesanan ni , jgn fikir blog kita tiada pembaca . kalau yang memang2 takda pembaca tu , fikirkan mungkin ada yg tengok2 , godek2 blog korang tapi xpernah tinggalkan pesanan , jejak lagi lah tak ada macam aku . kire macam stalker =)

selamat maju jaya dalam berblogging . blogging mesti kena happy2 =)

10 comments:

antudegil said...

ok. nice obervation and entri post. aku dalam lingkungan kelompok no 3. tapi saya ok. hehehehe

Opah Kentang said...

setuju sangat2!!
Tambah2 golongan macam Opah nie.
memang tak la nak paham bahasa singkat.:P
Tapi bahasa rojak 2 memang salu jugak la digunakan.hehe

:)

alin said...

@antudegil , haha ok lah tuh kalau xrojak sangat . yang jadi masalah yang terlalu rojak tuh . pening bace =_=


@Opah Kentang , haha takpa if guna bahasa singkat tapi orang paham kan ? , haha ya betul tu , dlm entri nie pon bnyak bahasa rojak . tapi kalau x bebankan orang ok lah kan ?

kaizen said...

skong gler point2 tuh...
tu jugak punce org x follow blog....

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/02/sbb-x-follow.html

alin said...

@kaizen , ya ! sangat annoying ! haha sabar jela .

Azri Fathurrahman said...

betul betul ! Sokong sokong ! Tapi kadang kadang aku ade campur sikit english, tapi tak laa terlampau rojak berkuah. Nice entry ! ( :

alin said...

@azri fathurrahman , hahahha takpa rojak sikit2 orang still boleh paham . sampai tahap tumpah2 kuah dia malas lah cita . hahaha

Unknown said...

haha. tergolong di kategori blogger yang ke tige. ekekeke. thanx for your pandangan :)

ops. did it again. hahahaha. sorry :) anyway. singgah sini sambil follow kamu.

alin said...

@AyinAyob , haha pandangan ? hahaha betul2 rojak ! haha , mekaseh ye =)

!..fatinabdwahab..! said...

sokong apa yg awak kate tu. paling anti org yg guna bahasa gedik. ewwwww. :)

p/s: entri awak best, tpi background blkg ni slalu bertukar buat saya pening nak baca entri awak.hehe.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...