Saturday, 10 September 2011

Tips Sebelum Ke Rumah Terbuka

Assalamualaikum

Hari Raya
Salam Lebaran

Hello girls yang comel berbaju raya dan hensem boys berbaju melayu .

Nak cakap pasal raya pun aku tak ada benda nak cakap . Hanya nak minta maaf kalau2 korang baca blog aku , ada tersinggung ke apa2 ke , aku meminta maaf . Tak perlu lah kot kalau aku buat entri panjang2 sedangkan point dia hanya untuk meminta maaf kan ?

Ok . Aku straight pada point aku yang sebenarnya . Memandangkan hari ni pun dah raya yang keberapa tah , sesuai sangat lah kan kalau aku buat tips2 rumah terbuka memandangkan banyak rumah terbuka yang ada sekarang ni . kan ? Tips sebelum ke rumah terbuka .

  • Ambil Snek Ringkas . 
Aku sarankan untuk korang ambil dahulu snek apa2 yang ringkas yang boleh buat korang kenyang sedikit contoh buah - buahan . Kira tak ada lah korang lapar sangat nanti . Sebenarnya benda ni banyak membantu korang untuk kawal nafsu makan . Bila korang kenyang , tak adalah rasa macam nak habis semua makanan dalam satu masa . kan ?
  • Amalkan 5M
5M yang aku cakap dekat sini adalah mengurangkan gula , mengurangkan lemak , mengurangkan minyak , melebihkan sayur-sayuran dan melebihkan buah-buahan . Nak lagi elok , lebih baik pilih makanan yang distim atau dipanggang . Banyak gula sangat pun tak boleh kan ? Nanti kena diabetes siapa jugak yang susah ?

  • Makanan Asas 
Mulakan hidangan korang dengan makanan yang berkarbohidrat , protein dan serat . Lagi cantik kalau korang makan makanan asas dulu macam nasi , ayam dan sayur - sayuran . Makanan lain macam pencuci mulut korang boleh ambil paling terakhir sekali :) 


  • Elakkan 
Aku sarankan untuk korang elakkan dari meminum air berkarbonat , manis dan berkafein . Dari minum air macam tu yang mempunyai efek , baik korang minum air kosong . Jadikan air kosong sebagai teman korang , air kosong jugak ada banyak faedah kalau minum kan ? haa pergi search sendiri faedah dia :)

Okeh tu satu , lagi satu adalah disarankan untuk korang elakkan mencuba kesemua jenis makanan . Semua makanan kalau boleh kau nak tibai . . Tak boleh lah kan . Ambil makanan yang kau tau je , yang taktau tapi nak cuba , aku rasa baik tak payah lah . Kenapa aku suruh korang elakkan dari mengambil semua makanan ni ? Sebab kalau lah korang pergi lebih dari sebuah rumah terbuka dan mencuba kesemua makanan , takut nanti berlaku "kecelaruan" pada perut korang atau lebih tepat sakit perut .

  • Makan Dengan Perlahan
The most important . Makan dengan perlahan lebih kurang 20 minit supaya korang akan rasa cepat kenyang selain dari tu korang boleh enjoy makanan yang korang makan tu kalau makan perlahan - lahan kan ?  :) Makan macam ni sebenarnya dapat membantu korang dari makan berlebihan dan dapat mengawal nafsu makan korang . 

  • Pencuci Mulut
Seandainya pencuci mulut yang disajikan terdiri daripada manisan lebih baik ambil ia dengan kadar sederhana . Okeh ?


***************************

Diharapkan point2 yang aku bagi ni berguna untuk korang . Aku pun ada rumah terbuka lepas ni , tak dapat pergi kot . huhu . 


Credit : Hewo

4 comments:

Paris Hilton (M) said...

wuuu ok. tips yg baik

alin said...

Paris Hilton(M) , wah paris hilton ! haha :)

Kyohei Akimaru said...

good tips...

lagi satu,klu dpt byk jemputan umah terbuka atau kenduri kawen pd ari yg sama,cuba mengambil makan secara sedikit,jgn terlalu over.sekurang-kurangnye ade ruang nk diisi...

alin said...

Kyohei Akimaru , betul2 , if makan banyak sangat nanti boleh jadi kembung perut lak . haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...