Friday, 30 March 2012

Dosa ?

Salam Jumaat :)

Semoga hari ini lebih baik dari hari yang lepas . Dah potong kuku ? heheh 

 
 Kita sibuk sangat menimbang berat badan . Bila naik sikit je semua sibuk cari cara nak turunkannya .

Tapi pernah tak kita terfikir cara untuk tambahkan pahala dan cara untuk mengurangkan dosa ?

fikirkan lah ye :)

(malas nak update panjang2 sebenarnya ) :P

Thursday, 22 March 2012

Tudung Dari Segi Medic

Assalamualaikum . 
FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.

Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yanG dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.

Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7).

Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA.

Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan.
 ****************************
Aku hanya kopi dan paste . Jika ada salah dan tersilap , maafkan aku sebab yang baik tu semuanya datang dari Allah dan yang buruk tu biasanya datang dari diri aku sendiri . :) . 
Bila Allah suruh , ikut jelah . Bila Allah kata jangan , jauhi lah ia . Sebab kadang-kadang tu kita tak tahu , setiap yang diperintah tu ada hikmah disebaliknya . . Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang baik dan buruk buat hambanya :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...