Assalamualaikum
Suasana dalam bilik bacaan itu suram, ditambah dengan wajah wajah muram
si ibu dan si anak yang tenang mendengar bicara peguam tentang wasiat si
ayah yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit kanser. Peguam
itu mengeluarkan sampul besar bersaiz A4 daripada beg hitamnya yang
berisi sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas.
Kata peguam, peninggalan si ayah untuk si ibu cuma lah sebatang lolipop
berwarna warni, manakala si anak tidak akan mewarisi apa apa pun
melainkan sekeping surat yang ditulis sendiri oleh si ayah. Si anak tadi
bingkas bangun daripada tempat duduknya, tidak berpuas hati dengan kata
kata peguam itu, lalu merampas surat peninggalan si ayah tersebut.
"Wahai anak ku,
Sebenarnya 10 tahun lepas aku pernah memberikan ibu kau satu lolipop beracun ketika sedang makan dalam sebuah restoran untuk menamatkan riwayatnya agar aku boleh berbahagia dengan calon pilihan aku sendiri. Cuma aku tak sangka ibu kau begitu bermurah hati mendermakan lolipop itu pada seorang kanak kanak berbaju lusuh yang bertandang dari meja ke meja menjual tisu. Lalu aku rampas kembali lolipop itu daripada tangan kanak kanak itu sebelum semua orang dalam restoran memandang aku dengan tajam. Seorang lelaki hampir hampir bangun dan menghempuk kepala aku dengan sebuah kerusi besi tapi sempat dihalang teman wanitanya yang awal awal lagi telah pun membaling tulang ayam kepada aku sebagai tanda protes. Demi menyelamatkan nyawa aku, kanak kanak itu aku peluk lalu aku umumkan pada khalayak yang mulai hari tu kanak kanak itu akan aku bela nasibnya.

Dan begitulah ceritanya bagaimana aku terpaksa menjadikan kau anak
angkat ku dan menyebabkan kau tidak layak untuk menerima walau satu sen
pun harta hartaku. Sekian ayah akhiri surat ini dengan sedikit ketawa
ringkas, kah kah kah!
fakyu,
ayah angkatmu"
Sumber : Nikotin Untuk Zombie
No comments:
Post a Comment