Thursday, 27 December 2012

Subhanallah , cantiknya dia :')

Assalamualaikum .



Fuhhh3 ! *tiup habuk .
Berhabuk sangat da ni ! haha

Gini cerita dia .
Tadi pergi la jalan2 dgn mama untuk shopping .
Mungkin rezeki , saya berjumpa dengan seorang kakak di salah sebuah kedai .
Pertama kali tengok dia , alin rasa macam , seronoknyalah berjubah hitam , bertudung labuh , berpurdah , dan yang nampak hanya mata sahaja .
Tangan dia alin lupa pulak nak tengok sebab terlalu asyik kan ?

Jalan punya jalan lagi akhirnya azan Zohor berkumandang .
So alin pergilah ke masjid yang berdekatan
Dan sekali lagi dipertemukan dengan kakak ni .
Alin nampak dia buka tudung untuk ambil air sembahyang
dan habis sahaja ambil air sembahyang,
dia berpusing ke arah alin & secara automatiknya alin boleh nampak dengan jelas wajah dia .
Subhanallah ! cantiknya dia :’)

Kerana yang tersembunyi itu selalunya indah kan ?

Friday, 12 October 2012

Kalau Rindu Tengok Langit

http://www.photographyblogger.net/wp-content/uploads/2010/05/flower7.jpg


Assalamualaikum .

Hai abang dan kakak sekalian . 


Terkejut gila tiba-tiba hari ni nak update blog yg dah berhabuk sangat ni . 
Banyak benda dalam blog ni nak kena tukar atau memang kena tukar . haha 
 
Eh sebenarnya tak ada apa pon . 
Cuma nak kongsi satu benda yang dikongsi oleh rakan tumblr . 
ehh paham ke tidak ayat ni ? haha
 
Tak . Semalam komputer ni baru je format sebab lambat gila . Siput pon takde lah lambat sangat macam dia . So hantarlah komputer ni pergi bengkel . Tambah ram entah apa benda entah semua , komputer ni jadi laju . Tak menyempat nak tekan . Ok itu tipu .
 
Bila dengan eksaitednya dapat komputer terus on dan buka tumblr . Nampak lah satu post ni . Orang kata kalau rindu tengok langit sebab langit kita sama . Orang kata lah , saya tak kata . Eh saya pon oranglah ! 
 
http://25.media.tumblr.com/tumblr_ma56hjyxgX1rfkwfdo1_500.jpg
Nota : baca description dibawah kalau tak faham / tak nampak

# hati tak akan berjarak jika doa dijadikan jambatan #

[ I think I would miss you even if we had never met ]

orang kata kalau kita rindu, tengok langit. sebab langit kita sama jadi kita tak pernah jauh . tapi…

macam mana kalau langit panas terik tapi tempat awak hujan ?
macam mana kalau langit hujan lebat tapi tempat awak panas terik ?

langit kita tak sama kan ? jadi…

kalau rindu , saya sebut nama awak dalam doa. sebab Tuhan Maha Mendengar. dan mudah-mudahan DIA pantulkan doa itu ke dalam hati awak :)

“kerana kata-kata dan janji akan lenyap bersama angin, tapi perasaan yang kita simpan dalam hati dan dalam doa akan kekal selamanya.”

http://cdn2.lostateminor.com/wp-content/uploads/2010/08/beautiful-road-61.jpg

kita memutuskan untuk menolak dari berkasih
dan memilih jalan persahabatan yang mungkin kekal


memang tiada pilihan yang mudah
dan terkadang tiada jalan kembali


namun mencari yang terbaik itu sukar
kerana cinta harus memilih .

Saturday, 14 April 2012

Sebuah Komik Islamik

Assalamualaikum cinta . .
Waalaikumussalam rindu . .

tak payah nak 7 petala cinta sangat laa kan -_- . haha okay2 . Sebenarnya takde benda nak update tapi masa tengah jalan2 kat facebook tadi , maka terjumpalah sebuah komik islamik ni . Kartun dia comel gila , lagi2 yg lelaki .

Tak percaya ? okay fine . cuba tengok bawah . Moga-moga apa yang disampaikan dapat dijadikan pengajaran atau iktibar pada semua . Selamat membaca ! :) Sila baca dari kanan ke kiri . Eh ! Dari kiri ke kanan . Kanan kiri pun dah lupa -_-


Bermulalah suatu kisah di Facebook


Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya
Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya
Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Tekan gambar untuk tumbesaran selanjutnya

Aku tak edit . Pada asalnya gambar tu satu-satu kat facebook tu dan disebabkan aku nak share kat blog , so aku pon combine gambar tu menggunakan photoscape . Aku buat macam tu pun supaya korang mudah baca . Tu je :)

Komik tu sampai situ je . Nak buat macam mana . Teringin nak tengok perempuan tu pakai tudung , mesti omey kan ?! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...